Wednesday 25 December 2013

minda sekuler


Berlaku perdebatan yang hangat selama berabad-abad hingga berlaku pemisahan besar antara agama dengan sains moden pada abad ke-15 masihi. Eropah mengalami perubahan epistemology iaitu pemisahan antara negara dan agama atau kehidupan seharian dengan akhirat. Akibat daripada pertelingkahan antara para agamawan dan saintis di eropah, ilmu pengetahuan akkhirnya terpisah dua iaitu agama dan sains moden. Kedua-duanya dinamakan sebagai rocks of ages: science and religion in the fullness of life oleh Stephen Jay Gould (2002). Apabila Stephen menulis buku mengenai dua perkara pokok terpisah kepada dua, iaitu pihak yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden. Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan majority penduduk eropah dan akhirnya menyebabkan agama menjadi anutan kepada individu sahaja.

Faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan bahawa agama hanya perlu pada peringkat individu apabila agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan manusia , dan seterusnya akan mencetuskan pergaduhan dan peperangan. Sebaliknya ilmu sains bagi mereka mempunyai sifat sarwajagat yang kononnya dapat menyatukan manusia di bawah payung kefahaman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman dan damai. Berasaskan fahaman ini, ilmu sains telah diterima sebagai ilmu penting dan asas dalam kehidupan sosial duniawi manusia dan fahaman ini sangat bercanggah dengan islam yang tidak memisahkan ilmu sains dengan ilmu akhira. Ringkasnya ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia di eropah ketika itu termasuklah ilmu pemerintahan dan pentadbiran. Sebaliknya agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya agama berada pada satu pihak yang lain.

Dasar dan sistem ini diteruskan oleh penjajah british ketika menguasai pentadbiran negara yang dijajahnya, manakala hal ehwal agama islam di tanah melayu dan adat istiadat bangsa melayu diletakkan di bawah penguasaan sultan. Di samping itu penjajah british turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting dan utama dalam sistem pemerintahan iaitu kehakiman, eksekutif, dan perundangan. Masing-masing hanya akan menjalankan bidang kuasa yang telah diagihkan.

Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan ketika zaman sebelum kedatangan british menyebabkan tiada agihan kuasa berlaku kerana sultan mempunyai kuasa mutlak. Ketibaan pemerintah colonial membawa kepada pertembungan antara agama islam dengan negara pentadbiran colonial british. Pertemuan ini berlaku dalam suasana empirical yang berbeza, iaitu antara ‘islam sebagai agama dan para penganutnya’ dan ‘negara colonial sekuler’. Pertemuan ini juga berlaku dalam konteks permodenan yang diperkenalkan dan dirancang oleh kerajaan colonial.

Para sarjana dalam bidang kajian india british seperti Bernard Cohn, seorang ahli antropologi berbangsa amerika mengutarakan bahawa colonialism bukan hanya melibatkankan penaklukan ruang fizikal atau jasad, kerana apa yang lebih utama dan penting ialah colonialism juga turut melibatkan penaklukan atau penjajahan ruang epistemology (sistem pemikiran) penduduk peribumi yang dijajah.


Penaklukan ini berlaku melalui proses penguraian sistem pemikiran masyarakat peribumi yang akhirnya mengakibatkan hilangkanya kekuatan sistem pemikiran atau daya fikir dalam mengendalikan kuasa pentaksiran tentang kehidupan. Proses ini seterusnya digantikan dengan sistem pemikiran asing menerusi aplikasi sitematik siri ‘’modus penyiasatan’’ colonial. - (dipetik dari Modul Hubungan Etnik edisi kedua)

Sehingga hari ini negara masih mengamalkan sistem dan dasar yang dibawa penjajah british dan ini menyebabkan lahir ramai masyarakat berminda sekuler. Ini membukitkan bahawa masyarakat negara yang kononnya sudah merdeka lama dahulu, adalah sebenarnya masih lagi ditakluk, dijajah, dikuasai, dan dikawal minda-minda mereka oleh sistem asing. Hal ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah pihak namun ianya adalah masalah atau penyakit yang akan membawa kepada lahirnya manusia yang hidup untuk 'berlari mengejar dunia' semata-mata.

sagil waterfall, mount ophir




perjalanan dari tol ayer keroh melaka ambil masa kurang lebih 30minit utk sampai ke daerah ledang










pekan tangkak, johor


utk pertama kalinya membawa kakak angkat si khatieja jalan jauh





permandangan indah menuju gunung ledang di iringi pokok2 pisang di sepanjang jalan 








berbackgroundkan gunung ledang
hihi~
kik kik kik~























i'll be back sagil ~

Wednesday 18 December 2013

unexpected moment


makan nasik dikaok retis, sik sangka apat jumpa brader tok depan2..
sampey kelaka pun nebes! peminat tek nak..woha!

Rizal & RadhiO@G
sarawakian! hoo-ahh!

sistem kawalan


Ada lubang dalam diri lelaki itu. Lubang itu seperti satu rasa kelaparan yang tidak akan dapat dipenuhi dan itulah yang membuatnya sedih dan sentiasa mahukan sesuatu. Dia akan meneruskan perjalanannya mengambil dan terus mengambil. Hingga satu hari dunia ini berkata ‘saya sudah tiada dan tiada apa-apa yang boleh saya beri lagi’.


Inilah ujian kamu, bolehkah kamu mengatasi nikmat dunia untuk membina jiwa kamu dan keamanan dalaman supaya kamu boleh mengecapi syurga yang kekal abadi. Sistem di dunia hanya tertumpu kepada nikmat dunia. Ia dibina untuk menerapkan kamu kedalam dunia illusi ini. Tanya diri kamu, mengapakah?

‘Dunia’ bermaksud keduniaan dalam bahasa arab, dan ia adalah titik buruk dalam islam. ‘Akhira’ bermaksud hidup yang kekal abadi. Dunia adalah illusi keduniaan ini dan merupakan elemen yang menjauhkan manusia dari akhira. Dan inilah permainan syaitan yang berhasrat besar untuk menjauhkan manusia dari akhira. Syaitan bermaksud untuk menjauhkan. Dia membuatkan kita merasakan bahawa dunia adalah yang terdekat, bukan akhira.

Namun islam memberitahu kita yang dunia adalah jauh. Salah satu maksud dunia dalam bahasa arab ialah seperti ‘cuba mencapai buah anggur yang sebenarnya tidak akan dapat kamu capai’, (reach out the grapes you can never grasp) kerana inilah sifat semulajadi dunia. Kamu tidak akan dapat mengecapinya. Ia akan sentiasa mengelak kamu! (it will always evade you).

Nabi Muhammad S.A.w. meriwayatkan: “jikalau anak adam mendapat satu gunung emas, dia hanya akan mahukan yang kedua”.

Look around you, what are people chasing in this world? All based on physical pleasure. Is this what the world has to offer?

Jadilah tetamu saya dan kejarlah dunia sejauh mana kamu mahu, kamu kelak akan sedar apa sebenanrnya ia. Tahukah bagaimana kamu semua dicipta?

Kamu dicipta sebagai roh, dan diletakkan ke dalam sebuah jasad. Jasad kamu adalah ‘alatnya’. Sebuah alat yang membawa roh kamu yang kekal abadi untuk menjalani kehidupan yang sebentar di dunia. Juga sebuah alat yang patut digunakan untuk membina dan memberi makanan yang baik kepada roh kamu.

Tetapi apa yang kamu buat? Kita sebaliknya menyerahkan kehidupan kita untuk memberi makanan dan kenikmatan palsu dunia kepada jasad semata-mata, kepada ‘alat’ kita, bukan roh kita.

Dan sistem ini dirangka sebijak-bijaknya untuk mengekalkan kamu pada jalan illusi keduniaan ini. Supaya kamu kekal dikawal.