Wednesday, 18 December 2013

sistem kawalan


Ada lubang dalam diri lelaki itu. Lubang itu seperti satu rasa kelaparan yang tidak akan dapat dipenuhi dan itulah yang membuatnya sedih dan sentiasa mahukan sesuatu. Dia akan meneruskan perjalanannya mengambil dan terus mengambil. Hingga satu hari dunia ini berkata ‘saya sudah tiada dan tiada apa-apa yang boleh saya beri lagi’.


Inilah ujian kamu, bolehkah kamu mengatasi nikmat dunia untuk membina jiwa kamu dan keamanan dalaman supaya kamu boleh mengecapi syurga yang kekal abadi. Sistem di dunia hanya tertumpu kepada nikmat dunia. Ia dibina untuk menerapkan kamu kedalam dunia illusi ini. Tanya diri kamu, mengapakah?

‘Dunia’ bermaksud keduniaan dalam bahasa arab, dan ia adalah titik buruk dalam islam. ‘Akhira’ bermaksud hidup yang kekal abadi. Dunia adalah illusi keduniaan ini dan merupakan elemen yang menjauhkan manusia dari akhira. Dan inilah permainan syaitan yang berhasrat besar untuk menjauhkan manusia dari akhira. Syaitan bermaksud untuk menjauhkan. Dia membuatkan kita merasakan bahawa dunia adalah yang terdekat, bukan akhira.

Namun islam memberitahu kita yang dunia adalah jauh. Salah satu maksud dunia dalam bahasa arab ialah seperti ‘cuba mencapai buah anggur yang sebenarnya tidak akan dapat kamu capai’, (reach out the grapes you can never grasp) kerana inilah sifat semulajadi dunia. Kamu tidak akan dapat mengecapinya. Ia akan sentiasa mengelak kamu! (it will always evade you).

Nabi Muhammad S.A.w. meriwayatkan: “jikalau anak adam mendapat satu gunung emas, dia hanya akan mahukan yang kedua”.

Look around you, what are people chasing in this world? All based on physical pleasure. Is this what the world has to offer?

Jadilah tetamu saya dan kejarlah dunia sejauh mana kamu mahu, kamu kelak akan sedar apa sebenanrnya ia. Tahukah bagaimana kamu semua dicipta?

Kamu dicipta sebagai roh, dan diletakkan ke dalam sebuah jasad. Jasad kamu adalah ‘alatnya’. Sebuah alat yang membawa roh kamu yang kekal abadi untuk menjalani kehidupan yang sebentar di dunia. Juga sebuah alat yang patut digunakan untuk membina dan memberi makanan yang baik kepada roh kamu.

Tetapi apa yang kamu buat? Kita sebaliknya menyerahkan kehidupan kita untuk memberi makanan dan kenikmatan palsu dunia kepada jasad semata-mata, kepada ‘alat’ kita, bukan roh kita.

Dan sistem ini dirangka sebijak-bijaknya untuk mengekalkan kamu pada jalan illusi keduniaan ini. Supaya kamu kekal dikawal.

No comments:

Post a Comment